"TEKNOLOGI UNTUK PENDIDIKAN BESTARI"
Kursus Adobe PhotoshopKursus adobe Photoshop akan diadakan pada cuti pertengahan tahun 2012 dibawah kelompok PKG Ketereh. Tarikh: 5,6 dan 7 Jun 2012 Masa: 8.00 hingga 4.30 ptg Tempat: PKG Ketereh, Bilik Seminar A Kepada peserta yang telah telah ditawarkanuntuk menghadiri kursus tersebut , sila pastikan anda membawa peralatan yang dikehendaki seperti Komputer Riba dan EXtension kabel bagi memudahkan perjalanan kursus tersebut.
Kursus Pemantapan Teknikal dan Kemahiran Pengkomputeran Untuk Juruteknik Komputer FT17 Sekolah kelompok( Fasa 2 )Pihak BTPN kelantan dengan sukacitanya menjemput juruteknik komputer FT17 yang bertugas di sekolah kelompok ( SK KG CHENGAL, SK BETA HULU, SK PADANG MOKAN & SMK PANGKAL KALONG ), untuk menghadiri kursus tersebut, sebagai mana ketetapan berikut: Tarikh: 23 - 25 April 2012 Masa: 8.00 pg - 4.00 ptg Tempat: PKG Banggol Peserta juga diminta membawa komputer riba yang lengkap dengan kabel penyambungan. Sepanjang kursus, makan minum tuan/puan akan ditanggung oleh pihak penganjur. Tuntutan juga dibenarkan ke tempat kursus. Semoga mendapat kerjasama pihak tuan / puan terlebih dahulu dirakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
KURSUS PENGURUSAN PUSAT SUMBER SEKOLAH ERA ICT 2012Pusat Kegiatan Guru Ketereh akan mengadakan Kursus kepada semua Guru PSS 2012 dibawah kelompok PKG. Seramai 32 buah sekolah yang terlibat dalam menjayakan kursus ini. Butiran lanjut adalah seperti dibawah: i) Masa : 8.30pg hingga 4.30ptg ii) Tarikh : 22, 23 & 24 April 2012 iii) Tempat : Bilik Seminar A , PKG Ketereh. Pusat Kegiatan Guru Ketereh 2012
Pertandingan Peringkat BTPN Kelantan
Pertandingan Makmal Komputer, Pusat Akses dan Portal
Untuk makluman semua sekolah kelompok PKG Ketereh, BTPN Kelantan akan mengadakan Pertandingan Makmal Komputer, Pusat Akses dan Portal tahun 2012. Sehubungan itu, semua sekolah kelompok PKG Ketereh dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut. Syarat-Syarat Pertandingan boleh di muat turun di ruangan Muat Turun di dalam portal ini. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak PKG Ketereh.
|












